TIPS ELAKKAN NBR WHATSAPP DI BANNED


 

📵𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗟𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗕𝗥 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗡𝗘𝗗 📵


Terdapat beberapa cara atau tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned oleh pihak Whatsapp terutamanya selepas melakukan aktiviti Whatsapp marketing (broadcasting). Nombor Whatsapp biasanya akan mudah dibanned oleh pihak Whatsapp sekiranya anda terlalu banyak buat spamming atau penerima mesej yang akan buat report terhadap nombor Whatsapp anda.


Bagi seorang para peniaga online ataupun marketer yang sudah biasa menggunakan 3rd party software untuk buat broadcast / bulk message Whatsapp, anda semestinya ingin menghantar mesej yang banyak kepada semua pelanggan dengan lebih mudah. Tapi pada masa yang sama, ingin berhati-hati supaya akaun Whatsapp anda tidak dibanned oleh pihak Whatsapp.


Sebelum anda teruskan kepada tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned, terlebih dahulu anda perlu tahu kenapa Whatsapp banned akaun anda. Kebiasaannya, nombor Whatsapp hanya dibanned setelah melakukan aktiviti broadcast / bulk message kerana ianya menjurus kepada aktiviti spamming. Bagi aktiviti chatbot atau menghantar notifikasi, ianya kurang berisiko. Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan akaun Whatsapp anda dibanned. Antaranya;


☢️Menghantar mesej Whatsapp terlalu banyak dalam waktu yang singkat. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan sistem broadcast / bulk message dari 3rd party dan bukannya official Whatsapp API.

☢️Jumlah mesej yang dihantar meningkat secara tiba-tiba terutamanya dari nombor yang baru didaftar.

☢️Menghantar mesej yang sama berulang kali kepada jumlah penerima yang terlalu ramai.

☢️Nombor Whatsapp anda lebih banyak menghantar mesej dan kurangnya menerima mesej. Ratio yang tidak seimbang.

Menghantar mesej kepada nombor yang tak dikenali / bukan dalam contacts dengan terlalu kerap.

☢️Penerima mesej membuat report pada nombor Whatsapp anda.

☢️Menggunakan aplikasi Whatsapp yang tidak rasmi seperti GBWhatsapp atau Whatsapp Plus pada peranti anda.



Ada 8 tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned yang mungkin sesuai untuk anda. Terutamanya kepada para peniaga online / marketer yang menggunakan 3rd party software seperti 𝗜𝗛 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗨𝗥𝗖𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 untuk aktiviti broadcast / bulk message. 


❇️Sekiranya anda menggunakan nombor atau akaun Whatsapp yang baru, adalah lebih elok mematangkan nombor tersebut terlebih dahulu. Pastikan ada perbualan / mesej masuk dan keluar secara normal. Untuk peringkat awal, elakkan automasi pada nombor baru tersebut.

❇️Guna nombor atau akaun Whatsapp yang baru pada peranti yang belum pernah dibanned oleh pihak Whatsapp.

❇️Pastikan menggunakan aplikasi Whatsapp yang rasmi yang dimuaturun dari Play Store atau App Store.

❇️Untuk mesej awal atau pertama kali dihantar, disarankan anda kenalkan diri terlebih dahulu dan tidak letak sebarang link. Mesej yang pertama seharusnya lebih ke arah soft selling dan bukannya hard selling supaya pelanggan tidak report pada akaun anda.

❇️Tidak menghantar mesej kepada kesemua penerima yang ramai sekaligus. 

❇️Pecahkan kesemua penerima kepada beberapa kumpulan kecil dan hantarkan mesej mengikut kumpulan (grouping). Tetapkan masa yang berbeza untuk setiap kumpulan.

❇️Untuk aktiviti broadcast / bulk message, pastikan menggunakan sela masa (delay) yang tidak terlalu cepat diantara mesej yang dihantar.

❇️Menggunakan fungsi syntax / spintax pada mesej broadcast / bulk message supaya ada kelainan pada setiap mesej yang dihantar.

❇️𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙚𝙨𝙚𝙟 𝙗𝙧𝙤𝙖𝙙𝙘𝙖𝙨𝙩 / 𝙗𝙪𝙡𝙠 𝙢𝙚𝙨𝙨𝙖𝙜𝙚.  𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙚𝙡𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙜𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 1 𝙣𝙤𝙢𝙗𝙤𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙥𝙖𝙙𝙖 1 𝙣𝙤𝙢𝙗𝙤𝙧 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖, 𝙠𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙛𝙚𝙖𝙩𝙪𝙧𝙚 𝙮𝙜 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙞 𝗜𝗛 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗨𝗥𝗖𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥



Ingin saya maklumkan bahawa tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned ini tidak semestinya berkesan atau memastikan akaun Whatsapp anda 100% selamat. Tips ini hanyalah sebagai panduan dan langkah berjaga-jaga untuk kurangkan kebarangkalian akaun Whatsapp anda dibanned. Keputusan akhir mungkin berbeza mengikut akaun Whatsapp masing-masing.


Semoga perkongsian tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned ini sedikit sebanyak dapat membantu anda melancarkan kempen broadcast / bulk messaging dengan lebih baik. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

LEBGUL - KENCING MANIS, CHOLESTEROL, DARAH TINGGI, GOUT

FBOOM

KAPSUL DAN MINYAK DHAB - KHAZANAH PADANG PASIR