KAPSUL DAN MINYAK DHAB - KHAZANAH PADANG PASIR
Dhab adalah sejenis binatang spesis cicak & halal utk Muslim merujuk kepada peristiwa Rasulullah bersama para sahabat. Dhab terkenal mempunyai pelbagai khasiat, Sifat dhab yg tahan lasak di padang pasir amat berkhasiat bantu tingkatkan tahap kesihatan lelaki & wanita dgn syarat gaya hidup sihat & disiplin makan/minum.
DHAB atau ada juga sebut DHOB, tidak makan bangkai, amat tahan lasak mampu hidup lama di padang pasir tandus walau tanpa air & makanan, jadi bayangkan betapa khasiatnya dapat meningkatkan lagi kesihatan kita?
Diproses di Mesir oleh rakyat Malaysia yang sudah arif tentang khasiat & rawatan menggunakan bahagian-bahagian Dhab, masyarakat Arab sudah lama menjadikan Dhab sebagai sumber makanan kesihatan mereka, kini boleh dinikmati di Malaysia
Link Berguna:-
🔴BIAWAK DHAB : KHASIAT,
FAKTA DAN HUKUM.
"DOBBUN" sebutan dalam bahasa Arab. Lebih kita
kenali sebagai biawak dhab dari Mekah.
🔴APAKAH ITU DHAB.?
DHAB (Uromastyx aegyptia) adalah sejenis haiwan menyerupai
biawak yang terdapat di padang pasir negara Arab.
🔴DIMANAKAH DHAB DAPAT DI TEMUI.?
Dhab hidup di padang pasir Mesir, Libya dan seluruh Timur
Tengah tetapi sangat sukar ditemui kini kerana aktiviti pemburuan dan penurunan
habitatnya akibat pembangunan.
Kulitnya yang sangat keras dan liat sering digunakan Arab
Badwi sebagai pakaian sementara dagingnya dimakan sebagai alternatif sumber
protein dan juga perubatan tradisi badwi.
Nama Inggerisnya Egyptian spiny-tailed lizard.
🔴ADAKAH DHAB HALAL
DIMAKAN.?
"Dhab halal dimakan.
Cuma Rasullulah tak makan, tetapi baginda membenarkan para
sahabat makan dhab"
🔴KENAPA DHAB HALAL
TETAPI BIAWAK MALAYSIA HARAM DIMAKAN.?
Walaupun hampir serupa, tapi tak sama..
"Dhab tak makan bangkai, hanya makan tumbuhan
kaktus..rumput2 kering padang pasir.
Tak pernah meminum air...habitatnya bersih dan kering
tandus.
Dhab makan tak menggunakan taring atau kuku..
Tidak berbisa dan tidak hidup 2 alam..
Sebab tu halal.."
🔴DALIL DHAB HALAL DIMAKAN.?
Dhab atau biawak padang pasir adalah binatang yang HALAL
dimakan mengikut jumhur ulamak dan hukumnya HARUS berdasarkan TAKRIR Nabi
Muhammad s.a.w.
🔴6 SEBAB DHAB HALAL DIMAKAN
1. Dhab memakan tumbuhan sedangkan biawak memakan bangkai
2. Dhab tidak hidup 2 alam sedangkan biawak boleh hidup LAMA
di air dan LAMA di darat.
3. Dhab makan tidak menggunakan taring sedangkan biawak
menggunakan taring untuk mengoyak bangkai.
4. Dhab makan tidak menggunakan kuku sedangkan biawak
memerlukan kuku untuk menyambar, mencengkam dan mengoyak mangsa.
5. Dhab tidak berbisa sedangkan biawak menyerang dan
berbisa.
6. Dhab tinggal di kawasan yg kering dan bersih sedangkan
biawak tinggal di kawasan kotor dan jijik.
🔴PERBEZAAN FIZIKAL DAN
FAKTA MENARIK TENTANG DHAB
●Dhab mempunyai ekor berduri keliling.
●Dhab mempunyai 5 jari.
●Lidah dhab tidak bercabang.
●Kepala dhab pendek menyerupai penyu.
●Kulit dhab tidak berminyak atau berlendir.
●Dhab tidak bertaring sedangkan biawak mempunyai taring.
●Dhab mempunyai deria pendengaran tajam atau insang seperti
ikan.
●Kuku dhab tidak mencengkam seperti kuku biawak.
●Dhab tidak boleh kena air dan air boleh melemahkannya.
●Dhab pantas dalam masa yg sama mengangkat ekornya tidak
terkena tanah ketika berlari.
●Dhab tahan tidak makan selama berbulan bulan.
●Dhab tidak pernah minum air.
●Dhab selepas disembelih memerlukan 1 - 2 hari untuk mati.
●Dhab mampu hidup 150 hingga 700 tahun lamanya.
●Dhab hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang
hidup di padang pasir.
●Dhab sangat laju berlari atas pasir.
●Dhab bertukar jantina setiap 6 bulan, ada pendapat
mengatakan ia mempunyai 2 jantina.
●Dhab boleh hidup tanpa air, haiwan suci ini tidak memakan
bangkai, benda kotor atau daging busuk seperti makanan biawak .
●Dhab hidup bersama binatang berbisa seperti kala jengking
dipadang pasir.
●Warna kulit bertukar kuning mengikut tahap kepanasan.
●Bukan haiwan 2 alam, menjadi lemah apabila terkena air.
●Kekuatan dhab boleh diperhatikan melalui daya tahannya
disembelih 2 hari/ lebih barulah ia mati.
🔴PERBEZAAN PALING JELAS
Dhab haiwan jinak (tidak buas) memakan makanan yang bersih
dan tidak menjijikan (rumput padang pasir) sedangkan biawak haiwan buas dan
pemangsa serta memakan bangkai.
Daging biawak hukumnya haram dimakan, sedangkan daging Dhab
sendiri dihalalkan oleh Nabi saw, sebagaimana dalam hadis Khalid bin Walid ra:
Dari Abdullah bin Abbas, ia berkata, “Saya dan Khalid bin
Walid bersama-sama dengan Rasulullah SAW datang ke rumah Maimunah, lalu ia
hidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar, Rasulullah SAW lalu
menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut, tiba-tiba sebagian dari
wanita yang berada di rumah Maimunah berkata, “Beritahukanlah dulu kepada
Rasulullah SAW hidangan yang akan beliau makan”. Karena itu Rasulullah SAW lalu
menarik tangannya. Lantas saya bert
anya, “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?”.
Beliau menjawab, “Tidak, tetapi karena ia tidak ada di negeri kaumku, maka saya
merasa jijik untuk memakannya”. Khalid berkata, “Lalu saya ambil daging
tersebut dan saya makan, sedangkan Rasulullah SAW melihat”. [HR. Muslim juz 3,
hal. 1543]
●Sebenarnya kalau kita membuka kamus, kita akan dapati
bahawa biawak dalam bahasa Arab disebut waralun (الوَرَلُ),
bukan dhob (الضَّبّ)/
haiwan mirip biawak.
●Para ulama mutaqaddimin pun telah mengharamkan biawak, para
ulama mutaakhirin dari kalangan Syafi’iyah dan Hanabilah telah menegaskan
tentang kejelasan haramnya biawak.
●Sementara hukum bagi Dhab pula HALAL dimakan mengikut
Jumhur ulama dan berdasarkan HUKUM TAKRIR nabi Muhammad s.a.w dalam hadis
baginda.....
🔴ADAKAH DHAB
DISEMBELIH..?
Ya, dhab wajib disembelih sebelum di makan atau digunakan
tujuan perubatan.
KEJIJIKAN SESUATU MAKANAN ITU TIDAKLAH BOLEH DIJADIKAN DALIL
HARAMNYA IA. BERSANDARLAH KITA PADA HUKUM......
🔴DHABSINAI ENTERPRISE
Dhabsinai adalah satu satunya syarikat Malaysia berpengkalan
di Kaherah Mesir milik bumiputera yang mengusahakan pelbagai jenis produk
kesihatan berasaskan haiwan dhab diimpot terus dari daerah Sinai Mesir dan
Mekah Arab Saudi.
Ketika musim panas haiwan dhab diburu dan dikumpulkan
sebelum disembelih dan dikeringkan secukupnya kemudian terus dieksport ke
Malaysia untuk diproses menjadi pelbagai produk seperti minyak urut, makjun,
kopi dan kapsul atas jenama DHABSINAI.
Produk dhabsinai boleh didapati melalui
www.wasap.my/60123839916/dhab
.
KAPSUL DHABSINAI
( KKM - MAL 13055048 TC)
PRODUK KAPSUL PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEKUATAN BADAN LELAKI
DAN WANITA BERASASKAN DHAB HAIWAN SUCI PADANG PASIR MAKKAH YANG HALAL DIMAKAN.
🔴ISTIMEWA MERAWAT MASAALAH SARAF BATIN LELAKI DAN WANITA
🔴MEMBERI KESAN SEGERA
MERAWAT KENCING MANIS, DARAH TINGGI, KOLESTEROL, RESDUNG DAN MASAALAH PEREDARAN
DARAH.
🔴PRODUK LULUS KKM. NO
PENDAFTARAN MAL 13055048 TC
🔴PENGIKTIRAFAN HALAL
JAKIM.
🔴DIKILANGKAN BERTARAF
GMP.
RM90.00 WM
RM100.00 EM
60 KAPSUL
.
MINYAK URUT DHABSINAI
(KKM - MAL 09102959 TC)
RAMUAN RAHSIA HAIWAN PURBA (DHAB) HALAL DIMAKAN DAN HIDUP DI
PADANG PASIR MAKKAH.
🔴ISTIMEWA UNTUK URUTAN
PENJAGAAN ALAT KELAMIN LELAKI DAN MEREKA YANG MENGHIDAPI MASAALAH URAT SARAF
SENDI DAN ANGIN AHMAR.
🔴PRODUK LULUS KKM. NO
PENDAFTARAN MAL 09102959 TC .
🔴PENGIKTIRAFAN HALAL
JAKIM.
🔴DIKILANGKAN BERTARAF
GMP
RM45.00 WMRM55.00 EM 30ML
MUJARAB MINYAK DHABSINAI
• Diproses menggunakan lemak perut Dhab yang diimport terus
dari Thur Sina Mesir istimewa merawat peredaran darah pada saraf tubuh
termasuklah saraf bahagian zakar, menguatkan regangan ,merangsang syahwat,
memaksimumkan ereksi, dan menghalang urat dimasuki angin.
• Mujarab mengubati lenguh, kebas, patah dan luka ringan
kemalangan.
Comments
Post a Comment